Sunday, October 24, 2010

Liverpool memang suka cabaran bola sepak

Akhirnya,kemenangan selepas 8 perlawanan. Persembahan yang menarik walaupun keputusan agak biase-biase, ahhhh. janji menang yedok?

Selepas menjadi kelab pertama England menjuarai 18-league title dan 5-European cup, Liverpool sengaja menghuni di tangga bawah. baru real cabaran bola sepak.

Sementara itu,

IMMA SO JELOZZ WITH WAYNE!

Nampaknya Wayne Rooney sudah tahu dimana dia mampu "SCORE".

Tuesday, October 19, 2010

Separuh Akhir Piala Malaysia

Ketika artikel ini ditulis, saya sedang berada di Stadium Darul Aman untuk mendapatkan tiket bagi perlawanan separuh akhir. Sesak nampaknya. Yelah, mana lagi stadium di Malaysia yang berjaya mengumulkan 35,000 penonton setiap perlawanan? Mana? Manaaaa????

Perlawanan malam ni sangat menarik untuk ditonton. Membabitkan dua pasukan paling hot masa kini, Kedah dan Kelantan.

Prediction :

1st leg : Kedah 2-1 Kelantan
2nd leg : Kelantan 1-1 Kedah

Tepi Perok mane Perok?????
hehehe

Friday, October 15, 2010

Drama swasta dari Landon


Semalam berakhirnya drama paling epik bagi sejarah Liverpool FC. New England Sports Ventures ( NESV ) berjaya membeli Liverpool pada harga £300m, dan serta merta mengurangkan bebanan hutang £25m-£30m setiap tahun kepada £2m-£3m.

Ops.

Thursday, October 14, 2010

Derbi Merah dan Biru


Kalau di London, anda boleh menjadi si Merah Arsenal, si Biru Chelsea mahupun si Putih Tottenham Hotspur.

Tetapi di Merseyside, hanya Merah dan Biru yang wujud. Gua malas nak bercerita sejarah, ringkasnya kewujudan Liverpool adalah selepas berpecah dengan Everton dan ironinya, nama asal Liverpool ialah Everton Athletic sebelum ditukar kepada Liverpool pada tahun 1892.

Key player untuk perlawanan ni, kedua-duanya mempunyai ratio gol yang sama iaitu 0.50, Steven Gerrard dengan stail Box-to-box dan Tim Cahill dengan aerial-ability. Ya, aerial-ability tim Liverpool adalah sangat teruk, boleh dikatakan 75% gol tercipta dari ketumpulan mengawal bola lintang.

Liverpool bakal turun tanpa Dirk Kuyt dan Daniel Agger, manakala Everton tanpa Steven Pienaar dan Jack Rodwell.

Home-form memihak kepada tim Everton dengan 2Draw 1Lose, dan tak pernah menang. Manakala Away-form Liverpool adalah 2Lose 1Draw juga tak pernah menang.

Sepak mula pada pukul 13:30, 17 Okt (Ahad) 2010. Gua harap morale-boost buat pemain selepas Tom Hicks dan George Gillett kalah dekat makamah tempoh hari.

YNWA!

Friday, October 8, 2010

God, Save The Queen


Dulu masa musim Thomas Cup, org pun sibuk sembang kencang pasal badminton. kaki bola, kaki mabuk, taik judi, kaki lobang, kaki puja kubur la apa kejadah semua pun rancak berdiskusi psal sukan beraket tu. ckp Lin Dan tu dulu komunis la, Hafiz Hashim muka stim la, apa la. ada je la kn. tp habisnya piala, senyap sunyi. yg mabuk terus mabuk, yg puja kubur makin rancak beratib memuja hantu tetek kalau-kalau tau nombor apa naik dekat paper Nan Yang Siang Pau.

habis selesema badminton, world cup pulak mari. kali ni dah tak ada selesema apa dah, terus demam. kedai-kedai kopi apa semua 24 jam main siaran bola. rasanya kalau dalam bulan tu tv tukar rancangan teletubies ke, sesame street ke boleh mengamuk satu rumah. tp macam biasa, abis je wabak bola, tv tukar balik tgk porno, yg kaki dgr ceramah dgr ceramah la, yg suka tgk amboi amboi asam boi! pun terus la berbakul-bakul collect dosa dgr org mengumpat.

benda mmg macam tu, sukan pun kdg-kdg boleh jd trend. bukan baju besbol topman korg je boleh jd trend sampai rempit pun pakai. sukan pun boleh la.

dan yang paling terbaru ialah Commonwealth Delhi. baru je start dan aku pun ada tgk dua tiga siaran sbb tak byk sukan yg aku suka dimainkan. cumanya bila aku tgk Commonwealth ni ada dua benda bermain kat otak aku. yg pertama, damn, asal semua atlit perempuan dalam ni flat? dan kedua, kenapa Malaysia dan negara-negara yg dilabel Commonwealth lain macam seronok dan bangga sbb dorg ialah anggota Commonwealth.

ok cerita dia macam ni, contoh la kau seorang budak hingus yg datang sama famili kau pergi tgk SUKOM 98 dekat Bukit Jalil. kau tny mak kau, yg masa tu muda lg, pakai tudung bawal kemas, masa tu tak ada shawl lilit cop bintik harimau mahupun tudung ekin. kau tny lembut, mak komenwel ni apa benda? mak kau pun jwb dgn gaya plg feminin,

Commonwealth ni adalah satu temasya sukan yg dibuat untuk ahli anggota Commonwealth. dan ahli anggota Commonwealth tu terdiri drpada negara-negara yg pernah dijajah British. sambil lap hingus korg tny lg, kalau macam tu Malaysia dapat join oleh sebab kita kena jajah la mak? dan kenapa Malaysia mengiktiraf penjajahan British tu semacam penjajahan tu adalah satu benda yg biasa. Mak korg tak tau nk ckp apa, lalu angkat badan korg yg kecik ringan tunjuk, "tgk tu, Dr. Mahathir, dia la bapa pemodenan Malaysia".

secara asasnya Commanwealth ditubuhkan sebagai satu union untuk monitor semua tanah jajahan British. Commonwealth juga dulu dikenali sebagai Tanah Jajahan Empayar British. jadi pada tahun 1949 british mula mengemukakan dasar dekolonisasi dan Commonwealth ni dianggap sebagai satu landasan untuk meng-indipenden-kan negara-negara yg dijajah.

jadi maknanya, setiap 4 tahun kita akan menyertai sukan yg dipanggil sebagai penyatuan dgn melupakan fakta yg sebenarnya ia semacam satu simbolik peng-halal-an penjajahan British masa dulu. diigtkan, penjajahan british bukanlah satu kolonisasi mutual dimana ada konsep win-win. kita dijajah pertama kali oleh British melalui penipuan Francis Light dgn Sultan Kedah. penjajahan dorg adalah satu penjajahan berdarah dan tak mungkin boleh dilupakan atau di halalkan begitu saja tak kira apa pun niat dorg dalam Commonwealth tu sendiri.

dan tak lupa jgak eksploitasi british selepas kita merdeka dan sefala titik darah pejuang bangsa melawan british tu tak mungkin terbayar. jd aku sekarang pelik, kenapa kita still sertai sukan Commonwealth ni dan bangga kita ahli anggota Commonwealth. sbb secara sejarahnya jelas membuktikan, Commonwealth itu sendiri adalah satu bukti kukuh penjajahan British dekat negara kita. dan itu yg kita banggakan?

*****

cerita byk pun tak gunakan baik kita sembang pasal sukan sbb blog ni mmg untuk sukan, bukan sejarah. haha. so basicly, Malaysia sekarang tgh tangga ke 7. not bad la kn.


Nicole David dah kebas satu emas untuk Malaysia



Dorg pun dah kebas satu, as expected la kn pasal China bukan masuk pun



tapi yg dorg ni dah kenapa pulak? kah kah kah

so aku ucapkan tahniah la dekat semua squad negara sbb ada yg menang apa semua. ok la tu kn not bad, dan yg kalah tak apa la. olimpik ad alg kan, dan yela aku salute cita-cita korg tu. cuma aku nk tny, bukan olimpik lg byk participate ke? korg dah kalah Commonwealth yg sikit ni asal korg rasa korg boleh menang oilimpik? kah kah kah. ok, byk bunyi sgt pun tak guna kn. mana ada org nk kalah, semua nk menang, tp dah tak mampu. kita pun jgn la byk sgt kritik, cuba kalau kita kat tempat dorg, boleh menang ke?

so, apa-apa pun goodluck dekat Malaysia. adios

pssst: Tak lama lg Boss Saluran Sokan (Mukmin Samad) akan mengumumkan scandal cinta dia. Faiz Khuzairi, makan nasi minyak le kite yob! kah kah kah